NovelPlus- Baca Tanpa Had
NovelPlus.co
4.4.0 Varies with device
NovelPlus merupakan aplikasi terbaru yang memberikan pendekatan interaktif terhadap pembacaan novel dan cerpen melayu dari Malaysia dan Indonesia. NovelPlus juga menjadi medium perantaraan untuk penulis mempamerkan karya novel dan cerpen mereka tidak kira dari genre cerita cinta melayu, cerpen mahupun cerita lawak dan seram. Anda boleh melayari novel-novel dan buku-buku melayu tempatan tanpa had di mana jua anda berada dan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu NovelPlus juga menjadi sumber utama secara mobile untuk anda mendapatkan buku-buku tempatan dan Indonesia secara mudah alih dan mudah. NovelPlus ini mengubah cara anda membaca dan memberikan pengalaman baru untuk para penggemar novel melayu.

Bagaimanakah NovelPlus berfungsi?

Baca.
* Akses tanpa had ke semua buku dan cerita-cerita yang disediakan terdiri daripada kisah percintaan popular, fanfic, seram, misteri, fantasi, jenayah dan sci-fi serta baca dengan mudah pada telefon pintar atau tablet. Anda juga boleh mencari buku mengikut pengarang, judul dan genre untuk mendapatkan cerita yang menarik minat anda.

Berhubung
* Berhubung dengan penulis dan pembaca lain. Tinggalkan komen pada cerita yang dibaca dan bincangkan plot cerita terkini! Anda juga boleh mengikuti perkembangan cerita seperti penulis yang menulis dan mendapatkan update buku terbaru atau yang akan datang!

Berkongsi
* Kongsi minat membaca anda di Facebook, Twitter dan Instagram. Kini anda boleh berkongsi novel dan buah fikiran anda tentang novel yang dibaca dengan kawan-kawan anda dan keluarga.

Menulis.
* Pengarang / Penulis boleh menerbitkan novel anda melalui NovelPlus. Anda boleh berinteraksi dengan peminat apabila anda menerima komen mengenai novel yang telah diterbitkan dan mengumpul peminat anda sendiri. Lebih ramai pembaca boleh membaca novel anda kerana mendapat lebih banyak pendedahan serta boleh didapati di seluruh dunia! Inilah masa untuk lebih dekat lagi dengan para peminat.

Terima kasih kepada semua pembaca dan penulis NovelPlus! Kami menghargai anda dan kami akan berusaha keras untuk menyelesaikan sebarang masalah yang anda hadapi ketika menggunakan aplikasi dan isi kandungan untuk memberikan pengalaman membaca yang lebih baik. Sila beri maklum balas anda dan e-mel kepada kami di support@novelplus.co


Website: https://www.novelplus.co
Facebook: https://facebook.com/novelplus
Twitter: https://twitter.com/appnovelplus
Instagram: https://instagram.com/novelplus
Google+: https://plus.google.com/+Novelplus
2484/4000

Content rating: Everyone

Requires OS: 4.0.3 and up

...more ...less