FSTM Direktori
Test LAB Kerul.Net
0.0.2 2.3mb

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
Membentuk Insan Beradab dalam Era Teknologi Maklumat

Fakulti ini terletak di dalam kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 30 minit dari Kuala Lumpur ke arah selatan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), susur keluar di Putra Mahkota.

FSTM dahulunya dikenali sebagai Jabatan Sains Informasi dan Multimedia (JSIM) pada tahun 1999.

Pada Mac 2004, JSIM dinaiktaraf kepada Sekolah Pengajian yang dikenali sebagai Sekolah Teknologi dan Sains Informasi (STSI).

Pada tahun 2011 penstrukturan semula telah dilakukan dengan nama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM).

Kini, FSTM mempunyai lima buah jabatan iaitu Jabatan Teknologi Maklumat (Multimedia), Jabatan Sains Komputer, Jabatan E-Dagang, Jabatan Teknologi Rangkaian dan Jabatan Kemahiran & Kursus Teras.

FSTM menawarkan enam program iaitu Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia), Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian), Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia), Diploma Sains Komputer dan Diploma Teknologi E-Dagang.

Hubungi kami di;
Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang,
Selangor, MALAYSIA
Tel: (603) 8911 7188
Faks: (603) 8925 4473
Web: http://fstm.kuis.edu.my/

Content rating: UnratedWarning – content has not yet been rated. Unrated apps may potentially contain content appropriate for mature audiences only.

Requires OS: 2.3.3 and up

...more ...less